SIFATNYA LUPA

SIFATNYA LUPA.

Di alam syahadah,
Manusia itu sudah tahu.

Tapi fitrah manusia itu,
Sifatnya lupa.

Maka sentiasa diberi ingat.
Setiap ingat diberi melalui tandaNya.

Diberi Nya ingat untuk makan,
Perut lapar.

DiberiNya ingat untuk tidur,
Mata mengantuk.

DiberiNya ingat untuk rehat,
Badan merasa lelah.

DiberiNya ingat untuk solat,
Bila azan dilaungkan.

DiberiNya ingat jalan kembali,
Bila ditarik nikmat hidup.

Lumrah manusia itu,
Sudah tahu.

Tapi sentiasa diberi ingat,
Kerana sifat manusia itu lupa.

#MONOLOG [Berdialog Dengan Hati]

7.15 am
Mon, 22 October 2018
Columbia Asia Hospital,
Kota Kemuning Shah Alam,
SELANGOR.

#MONOLOGz
#SIFATNYALupa
#BerdialogDenganHati

#SamsungNX300