SERBAN DAN TANJAK
Kedua-duanya adalah kain lilitan di kepala,
Dan mempunyai ekor / pucuk di belakangnya.
Beza cuma ekor serban tunduk menyembah bumi,
Dan pucuk Tanjak terpacak tanjak ke langit.
Jika dengan Tunduk diri menyembah,
Dengan Dongak diri menyerah.
Dengan sujud hambanya diri,
Dengan berserah merdekanya diri.
Jadilah hamba yang merdeka.
Jangan ditinggalkan,
Keduanya itu.
Salam kepada,
Baginda nabi;
Ibrahim dan Muhammad,
Al Quran dan Sunnah,
Hakikat dan Syariat,
Tauhid dan Akhlak,
Believe dan Value,
Ghaib dan Nyata,
Iman dan Islam.
Cinta dan Kasih Sayang,
Membaca dan Mengira,
Mengenal dan Mencari,
Faham dan Tahu,
Rasa dan Sentuh,
Kalam dan Alam,
Kun Fayakun.
Keduanya tiada persamaan,
Yang wujud hanya persefahaman.
Jika wasotiah keduanya,
Yang dilahirkan adalah IHSAN.
Kerana setiap detik dan waktu itu,
Di dalam kandunganNya.
Di dalam kandunganNya itu,
Berpasang-pasangan.
Setiap yang berpasangan,
Itulah makhluk Nya.
Punya awalan,
Dan akhirannya.
Sedang Dia,
Allah hu
AHAD.
Monologz.com
[Berdialog Dengan Hati]
4.44 am
03.03.2019
Shah Alam, SELANGOR.
Daeng Zafiq Zainal Abidin
#Monologz
#MONOLOGzafiq
#BerdialogDenganHati
Instagram.com/monologz.official
Shoot with Sony A7Rii lens Sony 50mm f1.8
SAMA MERENUNG
Sama mengenali tapi lain fahamannya,
Sama memahami tapi lain tafsirannya.
Sama menafsir tapi lain pandangannya,
Sama memandang tapi lain perjalanannya.
Sama melangkah tapi lain penceritaannya,
Sama cerita tapi lain jalan RASAnya.
Kerana ilmu Nya itu seluas lautan,
Sedang di dada kita setitis di antara Nya.
Jangan ditenung perbezaan Nya,
Lihatlah di mana persamaan Nya.
Di situ nanti wujudlah persaudaraan,
Dari jiwa yang lapang insan yang ihsan.
Kerana,
Dari Dia kita bertemu di sini,
Kepada Dia kita kembali.
Al Fatihah.
MONOLOGz.com
[berdialog dengan hati]
3.46 am
Sabtu, 01 Oktober 2016
Shah Alam, SELANGOR.
blindgraphique.wixsite.com/zafiq
#Monologz
#MONOLOGzafiq
#BerdialogDenganHati
Instagram.com/monologz.official
Shoot with Sony A7Rii lens Samyang 14mm f2.8
MUSUH
Musuh sebenar bukan di sana,
Tetapi ia ada di dalam diri.
Jika mahu merubah dunia,
Gubah jiwa ubahlah diri.
Walau dunia tetap sama,
Tiada yang berubah.
Hakikat Nya ;
Yang berubah itu,
Melihat dunia caramu.
Bukan dengan mata tuli,
Tetapi bersama mata hati.
Maka ;
Berubahlah segalanya,
Dari sempit diganti seluasNya.
Monologz.com
[berdialog dengan hati]
3.55 pm
Khamis, 24 November 2016
blindgraphique.wixsite.com/zafiq
Instagram.com/monologz.official
#SamsungNX300 #45mm #f1.8
BISIK
Berbisik bisik dengan Dia,
Walau larangannya dikau langgar.
Bermanja-manja selalu bersama Nya,
Walau suruhan Nya acap kali dikau tinggalkan.
Bukan sekadar di atas tikar mu,
Jika hakikat ka’abah sudah kau temu.
Di mana-mana dan ketika,
Kerana Dia maha kaya.
Dia maha daya,
Sedang hamba tiada upaya.
Dia maha pengasih lagi maha penyayang,
Bukan maha zalim seperti diri mu.
Kerana Dia,
Maha kuasa.
Saat kau bersedih,
Dia hulurkan kasih.
MONOLOGz.com
[berdialog dengan hati]
7.58 pm
Sat, 30 Sept 2017
Aeon Mall Bukit Tinggi, Selangor.
blindgraphique.wixsite.com/zafiq
#MONOLOGzafiq
#ZafiqZainalAbidin
#BerdialogDenganHati
#BerbisikPadaLangit
#AlFatihahBuatArwahAyah
#HajiZainalAbidinBinHajiAbuBakar
Instagram.com/monologz.official
#SamsungNX300 #45mm #f1.8
TUJU
Semakin banyak ilmu,
Semakin banyak tahu.
Semakin luas arah tuju,
Semakin berat bahu.
Tumpu mu pada keliru,
Fikiran mu kan lesu.
Ambil yang perlu,
Bukan mahu,
Mu.
MONOLOGz.com
[berdialog dengan hati]
01.42 pm
Fri, 16 February 2018
Masjid Hijau Bukit Naga
blindgraphique.wixsite.com/zafiq
#Tuju
#Zafiq
#Monologz
#Monologzafiq
#BerdialogDenganHati
#MuafakatMelayu
#HariMelayuSeduniaKe4
Instagram.com/monologz.official
#SamsungNX300 #45mm #f1.8
RUMI & JAWI
Jika di sana,
lambang Cinta itu
Romeo dan Juli.
Di sini ada,
Rumi dan Jawi.
Sebagai
Tanda Kasih
Dan Sayang.
Lalu,
Cinta
Bertaut.
Tapi,
Sayang.
Tanahnya,
Merdeka.
Dijajahnya
Jiwa.
Rumi dan Jawi,
Terpisah lama.
Tiada terlihat lagi,
Di papan tanda.
Kerana kejamnya Dunia,
Atau yang memegang tali.
Yang menggenggam timba,
Di tanahnya sendiri?
monologz.com
[Berdialog Dengan Hati]
8.09 am
Tue, 20 Nov 2018
Blindgraphique.com Studio
#Zafiq
#Monologz
#RumiDanJawi
#ZafiqZainalAbidin
#BerdialogDenganHati
Instagram.com/monologz.official
#MuafakatMelayu
#HariMelayuSeduniaKe4
#sempenaMaulidurRasul1440Hijrah
#SamsungNX300 #45mm #f1.8
MERASA DAYA
Bila sedar diri tiada daya,
Yang maha daya itu Dia.
Maka;
Selarilah Jasad dan Jiwa,
Tiada lagi getaran memisahkanya.
Dengan satu Nafas,
Bersatulah lafas.
Jiwa yang tenang,
Sukar menjadi senang.
Lenyaplah bahasa,
Yang wujud hanya,
MERASA.
MONOLOGz.com
[berdialog dengan hati]
9.31 am
Sabtu, 24 September 2016
Masih di pakir kereta seksyen 24.
blindgraphique.com studio
#Zafiq
#Monologz
#MerasaDaya
#Monologzafiq
#ZafiqZainalAbidin
#BerdialogDenganHati
Instagram.com/monologz.official
Sony A7Rii 50mm f1.8
RASA
Rasa itu satu anugerah,
Setiap insan Dia beri rasa.
Rasa itu suatu tanda,
Tanda soal empunya diri.
Rasa itu sungguh misteri,
Lalu menjadi tanda tanya.
Setiap rasa,
Bakal dinyatakan.
Di hujung rasa,
Dia beri jawapan.
Dengan rasa,
Diri merasa.
Kerana ;
Rasa itu,
Bahasa Dia.
MONOLOGz.com
[berdialog dengan hati]
8.19 am
Kha, 5 Okt 2017
Di mana ada highway,
Di situ ada jalan.
blindgraphique.com studio
#MONOLOGzafiq
#ZafiqZainalAbidin
#BerdialogDenganHati
Instagram.com/monologz.official
Nikon D300s | 50mm f1.4 | Iso 200
DOA
Kata orang,
Kalau nak doa bentanglah sejadah
tadah tangan mengadap qiblat,
bukan di sini.
Tapi barangkali,
Itu kata orang.
Apa yang kita kata itu doa,
Apa yang kita niat pun doa,
Apa yang kita yakin juga doa,
Apa yang kita fikirkan adalah doa.
Apa yang kita bayangkan itu juga doa.
Dan di antara doa yang tiada hijab selain
doa orang yang teraniaya adalah ;
Doa seorang IBU
Yang benar-benar ikhlas
serta penuh yakin pada
Maha kuasa Allah
untuk Anaknya.
Wallahualam.
monologz.com
[Berdialog Dengan Hati]
Carilah keredhaan dari seorang ibu
sementara masih belum terlambat,
Semoga hidup kita diberkati.
8.58am
Sun, 16 February 2014
blindgraphique.com studio
#Doa
#Zafiq
#MONOLOGz
#ZafiqZainalAbidin
#BerdialogDenganHati
#TheLAWofAtraction
Instagram.com/monologz.official
Nikon D300s | 50mm f1.4 | Iso 200
ALAM SANGKA
Hidup di dunia ini penuh persoalan,
Kerana dunia itu alam sangkaan.
Kita rasa diri sudah cukup mengerti,
Dia jualah yang maha mengetahui.
Ilmu di dada kita,
Tidak pernah mengatasi ilmu Nya.
Mustahil bagi diri,
Amat mudah bagi Nya.
Bersangka baik sesama makhluk,
Bersangka baik dengan pencipta Nya.
Dengan berburuk sangka,
Hati membusuk bagai nangka.
Selama hayat,
Bersangka-sangka.
Husnuzan,
Itu yang terbaik.
Kerana ;
Tiada seorang pun terlepas,
Dari alam dunia sangkaan.
Sehingga sangka kala ditiupkan,
Yang tinggal cuma ;
Jawapan.
MONOLOGz.com
[Berdialog Dengan Hati]
7.25 am
Sabtu, 23 Sept 2017
Tanah Rata, Cameron
blindgraphique.wixsite.com/zafiq
#Zafiq
#Sangka
#SamsungNX300
#MONOLOGzafiq
#ZafiqZainalAbidin
#BerdialogDenganHati
SamsungNX300 | 16-55mm | F3.5 | S80 | ISO800
BILA TIBA
Apa yang akan kita lakukan sekiranya tahu,
Esok adalah hari terakhir jiwa kita bersama jasad.
Selagi jasad di alam sangka,
Tiada seorang pun terlepas dari sangkaan.
Tiba waktu sangka kala dihembuskan,
Tamatlah pementasan di alam sangkaan.
Kerana setiap yang hidup,
Pasti merasa mati.
Mati tak bisa dihindari,
Tak bisa kita lari.
Di hujung perjalanan,
Jalan kembali.
Yang bakal tiba
Nanti adalah,
Jawapan.
Kerana itu ;
Hadiah HIDUP,
Adalah KEMBALI.
monologz.com
[Berdialog Dengan Hati]
12.44 am
Fri, 09 Nov 2018
blindgraphique.com
Shah Alam, SELANGOR.
#BilaTiba
#Monologz
#MONOLOGzafiq
#BerdialogDenganHati
#LastDay
#IMKKrians
#LastIMKK2018
CARI DAN KENAL
Jika mencari dengan angka,
Mengenal dengan huruf.
Sedang mencari itu rezeki,
Mengenal itu jodoh.
Dengan “Ihsan”,
Jalan kembali.
MONOLOGz.com
[Berdialog Dengan Hati]
01.11pm
Wed, 10 Okt 2018
Shah Alam, SELANGOR.
SamsungNX300 | 16-55mm | F3.5 | S80 | ISO800
JIRIM DAN JISIM
Jika mengira dengan angka,
Membaca dengan huruf.
Jika mencari dengan mengira,
Mengenal dengan membaca.
Jika tahu kerana mencari,
Faham kerana mengenal.
Maka,
Berfikirlah kerana tahu,
Berzikir kerana faham.
Berakal kerana fikir,
Firasat kerana zikir.
Sedang logik itu akal,
Tiada logik itu firasat.
Nyata itu logik,
Ghaib itu tiada logik.
Jika jirim ituĀ yang nyata,
Jisim itu yang ghaib.
Jika makhluk itu jirim,
Sifat itu jisim.
Jika jasad itu makhluk,
Ruh itu sifat.
Jika syariat pada jasad,
Hakikat pada ruh.
Jika Islam pada syariat,
Iman pada hakikat.
Jika kasih kerana Islam,
Cinta kerana Iman.
Jika Muhammad itu pengasih,
Ibrahim itu pencinta.
Kerana ;
Mustahil bagi makhluk,
Mudah bagi Nya.
MONOLOGz.com
[berdialog dengan hati]
07.20 pm
Mon, 23 Oct 2017
#Jika #MONOLOGz
#Barangkali #MONOLOGzafiq
#ZafiqZainalAbidin
KENAN
Jika dah cantik di mata,
Berkenan di jiwa.
Pergilah merisik,
Bukan culik.
Adab,
Bukan
sekadar
adat.
MONOLOG.com
[Berdialog Dengan Hati]
8.08 am
Thu, 11 Oct 2018
Safaraz Shah Alam, SELANGOR.
#KENAN
#MONOLOGz
#BerdialogDenganHati
SamsungNX300 | 16-55mm | F3.5 | S80 | ISO800
SIFATNYA LUPA
Di alam syahadah,
Manusia itu sudah tahu.
Tapi fitrah manusia itu,
Sifatnya lupa.
Maka sentiasa diberi ingat.
Setiap ingat diberi tandaNya.
Diberi Nya ingat untuk makan,
Perut lapar.
DiberiNya ingat untuk tidur,
Mata mengantuk.
DiberiNya ingat untuk rehat,
Badan merasa lelah.
DiberiNya ingat untuk solat,
Bila azan dilaungkan.
DiberiNya ingat jalan kembali,
Bila ditarik nikmat hidup.
Lumrah manusia itu,
Sudah tahu.
Tapi sentiasa diberi ingat,
Kerana sifat manusia itu..
“Mudah lupa.”
#MONOLOG [Berdialog Dengan Hati]
7.15 am
Mon, 22 October 2018
Columbia Asia Hospital,
Kota Kemuning Shah Alam,
SELANGOR.
#MONOLOGz
#SIFATNYALupa
#BerdialogDenganHati
SamsungNX300 | 16-55mm | F3.5 | S80 | ISO800
Remuk
Dia biarkan hati mu lebur.
Dia biarkan jiwa mu lentur.
Dia biarkan diri mu terkubur.
Dia biarkan jasad mu hancur.
Kerana mahu kamu tahu,
Sejauh mana ikhlasnya diri mu.
Adakah langkahmu kerana makhluk,
Atau kerana Dia yang maha cemburu.
Bersahajalah dikau terus berjalan,
Menjunjung Cinta tiada harap balasan.
Tiada lagi mahu memiliki,
Berserah diri untuk dimiliki.
Hanya kerana Dia,
Yang maha segala Nya.
Tiadanya kita upaya,
Kerana daya Nya.
#MONOLOG [berdialog dengan hati]
09.09 pm
Isnin, 03 Julai 2017
Indah Residence Shah Alam.
#Remuk
#MONOLOGz
#BerdialigDenganHati
SamsungNX300 | 16-55mm | F3.5 | S80 | ISO800
Zikir Hamba
Taubat dan Berserah.
Taubat ;
āla ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minadh dholimin.ā
(zikir Nabi Yunus a.s)
āTidak ada Tuhan selain Engkau maha suci Engkau, sesungguhnya
aku adalah termasuk orang-orang yang dzalim.ā
(QS. Al Anbiya : 87.)
Berserah ;
āla hawla wala quwwata illa billahil aliyyil azim.ā
(zikir sejak dari Nabi Adam a.s)
āTiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Mu,
Ya Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.ā
Suatu ketika Nabi Muhammad S.A.W. bersabda pada āAbdullah bin Qois,
āWahai āAbdullah bin Qois, katakanlah āLaa hawla wa laa quwwata illa billahā,
karena ia merupakan simpanan pahala berharga di surgaā
(HR. Bukhari no. 7386).
#MONOLOGz.com [Berdialog Dengan Hati]
01.44 am
Tue, 23 October 2018
ICU, Columbia Asia Hospital
Bukit Rimau Kota Kemuning
SELANGOR.
#MONOLOGz
#BerdialogDenganHati
#ZikirHamba
SamsungNX300 | 16-55mm | F3.5 | S80 | ISO800