SESAT SESAAT

[SESAT SESAAT]

Islam itu,
Letaknya pada akal.

Sedang Iman itu,
Letaknya pada hati.

Akal itu sifatnya,
Logik dan nyata.

Sedang hati itu,
Ghaib dan Misteri.

Setiap yang nyata,
Boleh dilihat dan sentuh.

Sedang yang ghaib itu,
Tiada raga hanya ada rasa.

Yang di sentuh itu,
Kasih Sayang.

Sedang rasa itu,
Cinta.

Kasih Sayang itulah,
Syariat.

Sedang Cinta itu,
Hakikat.

Syariat itu,
Punya dosa pahala
Untuk dinilai akhlakNya.

Hakikat itu,
Hanya Percaya atau Tidak,
Akan Tauhidnya.

Akhlak itu ada,
Di dalam Sunnah dan Hadis.

Tauhid itu ada,
Di dalam jantungNya
Al-Quran.

Kita kata ahli sunnah,
Junjung kedua-duanya.

Tapi Hakikatnya,
Kau junjung Syariat,
Dengan memijak Hakikat.

Sedang dalam tahiyat,
Akhir mu.

Kau memberi Salam pada,
Baginda Muhammad S.A.W
Dan baginda Ibrahim A.S.

Kau yakin dengan
Ilmunya baginda Musa tetapi
Tidak pada Ilmunya Khidir.

Lalu,
Kau masih jeling,
Aku sesat.

Ya,
Aku sedar
Aku sesat.

Kerana sesatlah,
Aku memohon
Ihdinasirotalmustaqim
Dari Nya.

Kerana sesat,
Aku mencari jalan
Kembali.

Aku tau,
Kau sudah sampai.
Tiada lagi rasa sesat
Di dalam hatimu.

Kerana itu kau,
Berdiri di atas puncak.
Menunding jari dan jatuh
Hukum pada mereka,
Yang masih sesat
Di bawah mu.

Hakikatnya,
Kau berdiri di atas
Berhala dalam diri,
Yang kau bina sendiri
Dengan pujaan dan pujian.

Setiap hari kau sembah,
Dan persembahkannya.

Kau mahu mereka
Tunduk dan jilat,
Tuhan mu.

EGO mu.

Jangan kau keliru
hanya kerana bahasa,
Yang melahirkan jurang.

Aku pacal yang hina,
Hanya mampu sampaikan tahu,
Sedang faham itu Dia yang beri.

Jadilah Insan,
Yang Ihsan.

Monologz.com
[Berdialog Dengan Hati]

9.09 am
Sab, 27 Jul 2019
Shah Alam, SELANGOR

BELIEVE AND VALUE

[ BELIEVE and VALUE ]

Setiap di dalam kandungan masa,
Itu berpasang-pasang sifatnya.

Setiap yang berpasang-pasangan,
Itu ada awalan dan pengakhiran.

Awal mengenal dengan membaca,
Ngajilah dengan kalam Nya.

Akhir mencari dengan mengira,
Congaklah dengan alam Nya.

Di situ nanti,
Kaukan sedari.

Setiap yang berpasangan itu,
Adalah yang ;

Awal dan Akhir,
Huruf dan Angka,
Baca dan Kira,
Kenal dan Cari,
Kalam dan Alam,
Faham dan Tahu,
Ghaib dan Nyata.
Rasa dan Sentuh,
Batin dan Zahir,
Niat dan Amal,
Zikir dan Fikir,
Hati dan Akal.

Wahyu Nabi dan Rasul,
Mulanya nabi Adam dan nabi Nuh,
Ilmunya nabi Khidir dan nabi Musa,
Agungnya nabi Sulaiman dan nabi Isa,
Ujiannya nabi Ibrahim dan nabi Muhammad,
Lahirnya nabi Isa dan imam Mahadi,
AidilAdha dan Aidilfitri,
Percaya dan Nilai,
Wali dan Ulama.

Al-Quran dan Hadis,
Hakikat dan Syariat,
Hidayah dan Taufiq,
Tauhid dan Akhlak,
Iman dan Islam.

Cinta dan Kasih Sayang,
Kun dan Fayakun.

Bukanya dengan mengenal Hakikat,
Tutupnya dengan amal Syariat.

Khalifah dan Hamba,
Menyerah dan Menyembah.

Andai ;

Wasotiah dan Istiqomah keduanya,
Yang lahir itulah,

IHSAN.

monologz.com
[Berdialog Dengan Hati]

12.21pm
12.10.2019
Shah Alam, SELANGOR

Zafiq Zainal Abidin

BEZA TANJAK DAN SERBAN

[Beza Tanjak & Serban]
.
.
Kedua-duanya adalah kain lilitan di kepala,
Dan mempunyai pucuk di belakangnya.
.
Beza cuma pucuk serban tunduk menyembah bumi,
Dan pucuk Tanjak terpacak tanjak ke langit.
.
Jika dengan Tunduk diri menyembah,
Dengan Tanjak diri menyerah.
.
Dengan sujud hambanya diri,
Dengan berserah merdekanya diri.
.
Jadilah hamba yang merdeka.
.
Jangan ditinggalkan,
Keduanya itu.
.
Salam kepada,
Baginda nabi;
.
Ibrahim dan Muhammad,
Al Quran dan Sunnah,
Hakikat dan Syariat,
Tauhid dan Akhlak,
Believe dan Value,
Ghaib dan Nyata,
Iman dan Islam.
.
Cinta dan Kasih Sayang,
Membaca dan Mengira,
Mengenal dan Mencari,
Faham dan Tahu,
Rasa dan Sentuh,

Kalam dan Alam,
Kun Fayakun.
.
Keduanya tiada persamaan,
Yang wujud hanya persefahaman.
.
Jika wasotiah keduanya,
Yang dilahirkan adalah IHSAN.
.
Kerana setiap detik dan waktu itu,
Di dalam kandunganNya.
.
Di dalam kandunganNya itu,
Berpasang-pasangan.
.
Setiap yang berpasangan,
Itulah makhluk Nya.
.
Punya awalan,
Dan akhirannya.
.
Sedang Dia,
Allahu Ahad.
.
.
Monologz.com
[Berdialog Dengan Hati]
.
.
4.44 am
03.03.2019
Shah Alam, SELANGOR.

Daeng Zafiq Zainal Abidin

#TanjakADAM

.

CERAH TANJAK ADAM
.
.
Nak dapatkan @TANJAKADAM Sila tekan link di bawah.
.
.
Wasap.my/+60176552130/Nak-HargaPROMOSI-TanjakADAM
.
Wasap.my/+60176552130/Nak-HargaPROMOSI-TanjakADAM
.

Wasap.my/+60176552130/Nak-HargaPROMOSI-TanjakADAM
.
.
0176552130 – Sri Kandi Siti
.
• • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • • •

#MMMDec2018
#ThePowerOfAttraction
#YouAreMarketingGenius
.
#TanjakADAM
#TanjakMALAYA
#InfluencersTANJAK
#TrendingBerTANJAK
#TANJAKinspired
#Headgear
#Beanie
#Tanjak
#Cap
.
By
.
Monologz.com
.
#WearWithPride
.
#Monologz
#BerdialogDenganHati
#ZafiqZainalAbidin

TANJAK ADAM

6.06 pm, 13.01.2019
Shah Alam, SELANGOR.
.
.
ADA KETIKA.
.
.
Di medan,
Untuk bersosial.
.
Kita ghairah dalam,
Perjuangan Bangsa Melayu.
.
Pantang dicabar dalam,
KeDaulatan Tanah Melayu.
.
Hakikatnya;
.
Mahu berTANJAK pun,
Kita MALU.
.
Buktikan kita,
MAHU!
.
.
Monologz.com
[Berdialog Dengan Hati]
.
.
#TanjakADAM
#MMMDec2018
#ThePowerOfAttract
.
#AbangTANJAK
#BroMONOLOGz
#AfroRider
.
.
.
Jika anda berminat untuk memiliki TANJAK ADAM,
Boleh Click Link di bawah.
.
.
.
.
.
Jika anda berminat untuk menjadi Agen Tanjak ADAM,
Sila click Link di bawah.
.
wasap.my/60127243444/Hamba-Ingin-Jadi-AgenTanjakADAM
.
.
.
instagram.com/monologz.official
.
facebook.com/monologz.official
.
.
.
Photoshoot by SevenEight Studio Abdul Halim
Lighting by Hussein Haekal
.
.
Alhamdulillah, kesemua #TanjakADAM SOLD OUT! di medan sosial sebelum kita Launch product.. Insyaa Allah kita akan restock balik kali ni bersama labelling and branding. Doakan agar Allah permudahkan urusan agama, dunia dan akhirat kita semua.. amiin yarabbal alamiin. 🙏🙏🙏💕
.
.
tanjak adam ads_zaf02668
ads 02
49259697_10216821311672607_6522454549658075136_n49140260_10216821312072617_3560399163919171584_n49033912_10216821311272597_3383731731512164352_n

 

RM1 RINGGIT

Satu Ringgit Malaysia.
.
Jarang sekali saya menulis pos panjang.
Dan bila saya menulis panjang pasti ada sesuatu
yang besar bagi saya untuk disampaikan dengan berhikmah.
.
Saya sangat terinspirasi dan terkesan dengan tindakan
seorang insan yang cekal dan tabah bernama bapa.
.
Mungkin bagi kita nilai RM1 ringgit itu tiada bermakna buat diri,
Tetapi ada insan yang berbanting tulang dan bermandi peluh
demi mendapatkan sehelai wang kertas RM1 ringgit.
.
RM1 itu bukanlah untuk membeli sebuku roti,
Tetapi untuk membeli sebuku ilmu sebagai pelaburan harini
untuk masa hadapan dan ilmu itu bukanlah untuk dirinya,
tetapi untuk insan yang dia sayang dan kasihi.
.
Ironinya,
Di luar sana..
.
Ada orang dirinya sudah mula merasa pandai,
tidak lagi mahu mencari ilmu, jalannya mendabik dada.
Walaupun ilmu yang bernilai SATU RIBU di berinya percuma,
Tidak dipandangnya apatah lagi mahu menjeling.
.
Hakikatnya perniagaannya masih sendu,
Bagai teratai layu di tasik madu.
.
Kita lupa,
.
RM1juta tidak akan wujud
tanpa adanya RM1 ringgit.
.
.
Monologz.com
[Berdialog Dengan Hati]
.
.
7.07am
Sab, 12.01.2019
blindgraphique.com studio
.
.
Di sini saya senaraikan beberapa kelas ilmu
harga mampu milik yang anda boleh sertai ;
.
.
Kelas nak ubah hidup dengan Zero Kos Marketing ((PERCUMA))
Tarikh last pendaftaran untuk tiket percuma 14.01.2018
10,000 tiket GENERAL percuma ditawarkan dilink ini.
.
.
.
Kelas 50K Usahawan bernilai ((RM1 ringgit))
Sempena Ulangtahun Momentum Internet yang ke 5 tahun pada tahun ini, mencari 50,000 Usahawan yang KOMITED untuk dibantu untuk Onlinekan Bisnes & Pemasaran mereka dengan yuran RM1 JE.
Pendaftaran boleh buat di link ini.
.
.
.
#SayaBukanAgenMereka
#SayaHanyaInginMembantu
#MemberiManfaatPadaYangLain
#WalauHanyaDenganSepotongAyat
.
#MMMDec2018
#thePowerOfAttract
#ZeroKosMarketing
.
#onlinerocketmarketing
#ormnajibasaddok
.
#Monolog
#Monologz
#MONOLOGzafiq
#ZafiqZainalAbidin
#BerdialogDenganHati
#BlindgraphiqueStudio
#TanjaADAM
#AfroRider
.
Saya Doakan semoga Allah permudahkan urusan
Agama, Dunia dan Akhirat kita semua.
.
Ditunaikan hajat serta Kaya dan Berjaya,
Baik di Dunia dan juga Akhirat.
.
Allah pilih siapa sahaja
yang DIA suka.
.
#MudahMudahanWalauSayaBelumTitanAtauJutawan
#TapiSayaMasihMampuBeriManfaatPadaYangLain
#DenganCaraSayaTersendiri
#KeranaDIA
.
rm1 sedih

SALAH TARIKH

MALAYSIA. Shah Alam, Selangor.

Harini pagi-pagi dah kejut semua semangat nak pergi convo anak. Sampai kedai mamak baru sedar rupanya esok bukan harini. Nak jadi cerita cantik pulak lokasi dan moment kat sini. So tak jadi pergi convo kita shoot pre convo.

Nak shoot pre Convo tidak semestinya di taman tasik atau lokasi seperti filem hindustan, kadang-kadang apa yang ada kat depan mata kita pun boleh jadi menarik.

Tips dia adalah harus punya ilmu di dalam bidang tersebut. Nak dapatkan ilmu perlulah cari guru yang benar ahlinya. Ada juga yang menempuh ilmu dengan jalan rasa, Tetapi ilmu berguru itu adalah jalan short cut.

Yang dikatakan rezeki bukanlah material sahaja, Rezeki dari Nya tidak pernah salah alamat. Beriman kita pada qada’ dan qadar Nya, Setiap takdir pasti ada Hikmah Nya.

Hari ini kita tersalah tarikh. Tapi rezeki tidak pernah, Salah Alamat.

monologz.com
[Berdialog Dengan Hati]

Sesiapa nak book tarikh untuk sesi photo atau videoshoot, boleh hantar wassap ke link ni.

wassap.my/60127243444/Sudikah-Awak-Jadi-JuruKamera-Saya?

8.35 am
Sat, 10 Nov 2018
Shoot Pre Convo
Kat tepi Kedai Mamak Madina

My online portfolio,
blindgraphique.com

#30minitPhotoshoot
#ShootMainMainAje
#GambarOriginalTakEdit
#OriginalPictDariCamera
#LastPictAisyaDarjahTigaShooth
#TakBolehMoveOnLagi
#LastIMKK2018
#CabaranSenyum
#44Hari

SonyA7rII #Sony50mm1.8

TINDAKAN KECIL DAN PANTAS MEMBERI KESAN YANG BESAR

MALAYSIA Selangor, Shah Alam.

Video “Timelapse Documentary” 2014, mula-mula buat kerana passion.
Tak sangka disebabkan usaha kecil ini memberikan kesan yang besar pada diri.

Impact daripada video timelapse documentari MH370 ini,
Wartawan daripada syarikat TV Vietnam call dan datang berjumpa untuk sesi interview.

Teringat pesan doc. dan tuan Zafrol Rizal Mat (Haji J),
Kadang-kala kita tak tahu tindakan mana satu yang kita lakukan,
tetapi meberikan impact yang besar pada diri dan insan lain.

Oleh itu terus lakukan tindakan walaupun kecil,
dari tidak mahu bertindak langsung.

Beri manfaat pada yang lain.

Fast action fast result,
Slow action no result!

The more you give,
Much more you
GET BACK!

 

monologz.com
[Berdialog Dengan Hati]

4.48 am
Thu, 8.11.2018
blindgraphique.com
Shah Alam, SELANGOR.

Saya doakan yang membaca post ini dan comment “Amiin.”,
Anda kaya dan Berjaya!! Amiin Yarabbal Alamiin. 💕

#MONOLOGz
#MONOLOGzafiq
#ZafiqZainalAbidin
#BerdialogDenganHati

#TakBolehMoveOn
#LastIMKK2018
#SWITCH!

#Throwback

10923553_10205575085843990_975097961338319457_n (1)10993425_10205575087084021_5867226968008903150_n10947420_10205575104244450_1943028126472897376_o10947420_10205575100844365_5929739754914537676_o10991591_10205575106164498_8920651832366837462_o

 

ANDA ORANG HEBAT

Kepada sahabat dikasihi di luar sana,
yang sedang bergelut dengan ujian dari Nya.

Percayalah! (Terngiang-ngiang lagu Siti Nurhaliza.)

“Believe that something wonderfull is about to happen.”

Kerana janji DIA setiap kesusahan dan kepayahan,
Pasti terbentang kesenangan di hujungnya.

Keep positif, kekalkan momentum aura,
Senyum dan buat submission.

Bila kita berserah dan redha,
Dia beri pelangi yang tidak kita
Sangka-sangka.

Menjadi orang yang hebat,
Ujiannya turut hebat!

Process of success,
Is ugly.

But wonderfull,
At the end.

Semoga anda semua kaya jutawan hartawan
menawan dan dermawan berjaya!

Insyaa Allah.

Amiin yarabbal alamiin. 💕

monologz.com
[Berdialog Dengan Hati]

8.49am
Wed, 7 Nov 2018
blindgraphique.com
Shah Alam, SELANGOR.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan
agama, dunia dan akhirat kita semua.. amiin.”

#MONOLOG

#MONOLOGz
#MONOLOGzafiq
#ZafiqZainalAbidin
#BerdialogDenganHati

#samsungNX300 #lens45mm1.8 #ISO100 #F1.8 #NoFlash

Tabib Kipas

MALAYSIA Selangor, Shah Alam.

Saya percaya ramai pernah berhadapan dengan masalah kipas berpusing perlahan di mana kipas siling elektrik hanya mampu menghasilkan angin sesepoi-sepoi bahasa. Kebiasaannya ianya berlaku kerana kapasitor kipas di dalam kondusi yang kurang baik. Tempoh hayat bagi sebuah kapasitor secara rawaknya dapat berfungsi dengan baik di antara 1 hingga 3 tahun.

Berbeza pula perihalnya jika kipas terhenti dan berasap atau menghasilkan bau hangit. Perkara ini terjadi kemungkinan kerana kapasitor atau kapasitor starter terbakar disebabkan overload atau sudah sampai tempoh hayatnya. Kapasitor boleh didapati di kedai-kedai elektrik dan harganya tidak sampai rm50 (bergantung kepada jenis kapasitor).

Kipas siling jenama KDK dan Panasonic jenis standard, agak mudah untuk kita buka dan tukar kapasitornya sendiri. Tetapi ianya tidak berlaku pada semua jenis kipas terutama kipas yang rekabentuknya agak dinamik dan multi function. Kipas jenis ini agak rumit untuk mengenalpasti kedudukan kapasitor dan cara membukanya.

Jika perkara seperti ini berlaku, jangan digantikan kipas tersebut dengan kipas yang baru. Kebarangkalian ianya masih boleh berfungsi dengan baik jika dirawat oleh orang yang benar-benar arif tentangnya.

Tuan Zaidi, juga dikenali sebagai “Tabib Kipas” kerana kepakarannya di dalam servis memperbaiki pelbagai jenis kipas. Selain daripada terkenal dengan sifat jujur dan amanahnya dalam memberikan perkhidmatan, beliau juga menawarkan harga perkhidmatan yang sangat berbaloi dan berpada. Harga untuk baiki sebiji kipas yang perlahan adalah RM30 sahaja! Untuk mendapatkan khidmat beliau, anda boleh whatsapp terus ke link ini “Zaidi Tukang Kipas”(Tabib Kipas). +60136349360

Di sini saya berkongsi sedikit pengalaman ketika menerima khidmat tuan Zaidi di kediaman saya. Kini sebanyak 5 biji kipas dapat berfungsi semula dengan baik dan harga setiap kipas hanya RM30!

SAMSUNG CSC

SAMSUNG CSC

SAMSUNG CSC

SAMSUNG CSC

SAMSUNG CSC

SAMSUNG CSC

SAMSUNG CSC

SAMSUNG CSC

SAMSUNG CSC

SAMSUNG CSC

SAMSUNG CSC

SAMSUNG CSC

SAMSUNG CSC

SAMSUNG CSC

SAMSUNG CSC

SAMSUNG CSC

SAMSUNG CSC

SAMSUNG CSC

SAMSUNG CSC

Shoot with ;

#SamsungNX300 #45mm1.8 #16-55mm5.6 #ISO3200

12.30pm. Rabu, 31 Oktober 2018.

Satay Sedap Area Sek 25

MALAYSIA, Sek 25 Shah Alam.

Jika nak cari satay sedap dan murah kat area Seksyen 25 Shah Alam, bolehlah berkunjung ke kedai satay berhadapan restoran Nilam Klasik. So far satay dia lembut dan merinatte dia sangat terasa bila makan.

Untuk dapatkan location kedai satay ini boleh waze ke restoran Nilam Klasik. Jika ingin membuat sebarang temapahan, anda boleh menghantar whatsapp terus ke link yang tertera ini “Din Satay Shah Alam”.

SAMSUNG CSCSAMSUNG CSC

SAMSUNG CSCSAMSUNG CSCSAMSUNG CSCSAMSUNG CSCSAMSUNG CSCSAMSUNG CSCSAMSUNG CSC

Shoot with ;

#SamsungNX300 #45mm1.8 #16-55mm5.6 #ISO3200

9.30pm. Sabtu, 27 Oktober 2018.