BACAAN DOA HARI LAHIR YANG MENINGGALKAN BEKAS DI HATI

MALAYSIA Selangor, Shah Alam.

Siapa pernah melalui peristiwa seperti ni?

Bila tiba Sambutan Hari Lahir, tiba-tiba nama korang kena petik untuk bacakan doa hari lahir di majlis tersebut. Jika ianya bukan kebiasaan atau rutin korang, tanpa sebarang persediaan pasti rasa gelabah. Tambahan pula di hadapan bakal mak mertua. Apa korang rasa?

Jadi di sini saya nak kongsikan satu bacaan doa untuk majlis hari lahir. Insyaa Allah mudah-mudahan ianya dapat memberi bekas atau kesan buat mereka yang diraikan pada hari kelahirannya. Semoga ianya bermanfaat untuk anda, Salam Jumaat.

“Bismillahirahmanirrahim…”

“Alhamdulillahi rabbil ‘alamin, Wassalatu wassalamu ‘ala saidina muhammadin asrafi mursalin, Wa ‘ala alihi wasahbihi ajma’in. Allahumma ahyiina bil iman, wa ‘amitnaa bill-iiman, Waad khilna jannata maal iiman, Allahumma firhlana zunubana waliwaa lidiinaa warham humaa kama Rab-bayanaa sakhiraa. Wal jami’il muslimina wal muslimat, wal mukminina wal mukminat Al ahyaa’i minhum wal amwat, birohmatika yaa ar-hamar rohimin.”

(Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman. Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil. )

Ya Allah!”

“Rasa kesyukuran kami terhadap nikmat ihsan dan rahmat Mu, pada hari ini kami zahirkan dengan penuh kehambaan. Kami bersyukur kepada Mu atas kurniaan kehidupan di dunia ini dengan penuh nikmat dan anugerah yang begitu banyak dari Mu jua.”

“Ya Allah!”

Bersempena sambutan hari lahir (sebutkan nama) hari ini, limpahkanlah rahmat dan berkat Mu kepada kedua ibu bapa nya yang telah melahirkan dan membesarkan nya sehingga menjadikan ia golongan yang berjaya pada hari ini.”

“Kau gantikanlah setiap titisan darah dan kesakitan ibu ketika melahirkan nya dengan nikmat tidak terhingga di dalam syurga Mu nanti. Kau gantikanlah setiap titisan keringat dan keperitan ayah ketika membesarkan nya dengan nikmat bersenang lenang di dalam syurga Mu nanti.”

“Ya Allah!”

“Seandainya ibu dan ayah nya telah pergi meninggalkan ia buat selamanya, kau jadikanlah alam kubur mereka sebagai sebahagian daripada taman-taman syurga Mu, ya Allah. Kurniakanlah kepada mereka nikmat kedamaian dan ketenangan di alam persemadian mereka.”

“Seandainya ibu dan ayah masih bersama nya, kau hulurkanlah rahmat dan keberkatan Mu kepada kedua-duanya sebagaimana mereka menyayangi nya sejak ia masih dalam kandungan lagi.”

“Ya Allah!”

“Dalam meniti usia yang semakin dewasa ini, pimpinlah kami dengan hidayah dan taufik Mu agar kami tidak terpesong akidah, tidak melanggar syari’at, tidak merosak akhlak. Bantulah kami menjadi hamba Mu yang bersyukur walau dengan nikmat yang sedikit, menjadi hamba Mu yang bersabar dengan dugaan dan cabaran, menjadi hamba Mu yang kuat melawan godaan syaitan dan nafsu.”

“Rabbana a’tina fiddun yaa hasanah, wafil a’-khiratil hasanah, waqinaa azabannar, Wasallallah hu ala saidina Muhammad, wa’ala a’lihi wasabihi wassalam Walhamdulillah hirabbil a’l-amiin.”

(Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka. Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.)

[JOM!! Singgah ke Monologz Online Store kami, banyak barang menarik kat sini.]

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s