[SESAT SESAAT]
Islam itu,
Letaknya pada akal.
Sedang Iman itu,
Letaknya pada hati.
Akal itu sifatnya,
Logik dan nyata.
Sedang hati itu,
Ghaib dan Misteri.
Setiap yang nyata,
Boleh dilihat dan sentuh.
Sedang yang ghaib itu,
Tiada raga hanya ada rasa.
Yang di sentuh itu,
Kasih Sayang.
Sedang rasa itu,
Cinta.
Kasih Sayang itulah,
Syariat.
Sedang Cinta itu,
Hakikat.
Syariat itu,
Punya dosa pahala
Untuk dinilai akhlakNya.
Hakikat itu,
Hanya Percaya atau Tidak,
Akan Tauhidnya.
Akhlak itu ada,
Di dalam Sunnah dan Hadis.
Tauhid itu ada,
Di dalam jantungNya
Al-Quran.
Kita kata ahli sunnah,
Junjung kedua-duanya.
Tapi Hakikatnya,
Kau junjung Syariat,
Dengan memijak Hakikat.
Sedang dalam tahiyat,
Akhir mu.
Kau memberi Salam pada,
Baginda Muhammad S.A.W
Dan baginda Ibrahim A.S.
Kau yakin dengan
Ilmunya baginda Musa tetapi
Tidak pada Ilmunya Khidir.
Lalu,
Kau masih jeling,
Aku sesat.
Ya,
Aku sedar
Aku sesat.
Kerana sesatlah,
Aku memohon
Ihdinasirotalmustaqim
Dari Nya.
Kerana sesat,
Aku mencari jalan
Kembali.
Aku tau,
Kau sudah sampai.
Tiada lagi rasa sesat
Di dalam hatimu.
Kerana itu kau,
Berdiri di atas puncak.
Menunding jari dan jatuh
Hukum pada mereka,
Yang masih sesat
Di bawah mu.
Hakikatnya,
Kau berdiri di atas
Berhala dalam diri,
Yang kau bina sendiri
Dengan pujaan dan pujian.
Setiap hari kau sembah,
Dan persembahkannya.
Kau mahu mereka
Tunduk dan jilat,
Tuhan mu.
EGO mu.
Jangan kau keliru
hanya kerana bahasa,
Yang melahirkan jurang.
Aku pacal yang hina,
Hanya mampu sampaikan tahu,
Sedang faham itu Dia yang beri.
Jadilah Insan,
Yang Ihsan.
Monologz.com
[Berdialog Dengan Hati]
9.09 am
Sab, 27 Jul 2019
Shah Alam, SELANGOR