MALAYSIA Selangor, Shah Alam.
Saya percaya ramai pernah berhadapan dengan masalah kipas berpusing perlahan di mana kipas siling elektrik hanya mampu menghasilkan angin sesepoi-sepoi bahasa. Kebiasaannya ianya berlaku kerana kapasitor kipas di dalam kondusi yang kurang baik. Tempoh hayat bagi sebuah kapasitor secara rawaknya dapat berfungsi dengan baik di antara 1 hingga 3 tahun.
Berbeza pula perihalnya jika kipas terhenti dan berasap atau menghasilkan bau hangit. Perkara ini terjadi kemungkinan kerana kapasitor atau kapasitor starter terbakar disebabkan overload atau sudah sampai tempoh hayatnya. Kapasitor boleh didapati di kedai-kedai elektrik dan harganya tidak sampai rm50 (bergantung kepada jenis kapasitor).
Kipas siling jenama KDK dan Panasonic jenis standard, agak mudah untuk kita buka dan tukar kapasitornya sendiri. Tetapi ianya tidak berlaku pada semua jenis kipas terutama kipas yang rekabentuknya agak dinamik dan multi function. Kipas jenis ini agak rumit untuk mengenalpasti kedudukan kapasitor dan cara membukanya.
Jika perkara seperti ini berlaku, jangan digantikan kipas tersebut dengan kipas yang baru. Kebarangkalian ianya masih boleh berfungsi dengan baik jika dirawat oleh orang yang benar-benar arif tentangnya.
Tuan Zaidi, juga dikenali sebagai “Tabib Kipas” kerana kepakarannya di dalam servis memperbaiki pelbagai jenis kipas. Selain daripada terkenal dengan sifat jujur dan amanahnya dalam memberikan perkhidmatan, beliau juga menawarkan harga perkhidmatan yang sangat berbaloi dan berpada. Harga untuk baiki sebiji kipas yang perlahan adalah RM30 sahaja! Untuk mendapatkan khidmat beliau, anda boleh whatsapp terus ke link ini “Zaidi Tukang Kipas”(Tabib Kipas). +60136349360
Di sini saya berkongsi sedikit pengalaman ketika menerima khidmat tuan Zaidi di kediaman saya. Kini sebanyak 5 biji kipas dapat berfungsi semula dengan baik dan harga setiap kipas hanya RM30!
Shoot with ;
#SamsungNX300 #45mm1.8 #16-55mm5.6 #ISO3200
12.30pm. Rabu, 31 Oktober 2018.
terbaik tabib ni
LikeLiked by 1 person
Memang sangat terbaik.. highly recomended!
LikeLiked by 1 person
Bagusnyaa..murah eh! Ok apa2 bole pnggil lagi 🙂
LikeLiked by 1 person
Betul, mula2 x percaya.. tapi bila dah alami sendiri memang sangat berbaloi harganya.
LikeLike