Home

Welcome to my Online Portfolio website!

“I met a blind man who taught me how to see.”

“We can imagine anything when our eyes are close.”

Zafiq Zainal Abidin

– founder Blindgraphique Studio
– founder Monologz Publication
– founder Tanjak Adam

Instagram : monologz.official

Instagram : Tanjak ADAM

 

 

MAAF

 

Aku bukan Ustaz,
Yang hebat beri ceramah sekali lafaz.

Aku bukan Pakar Motivasi,
Yang boleh buat self-esteem kau terus berahi.

Aku bukan Idola,
Yang layak kau angkat sehebat pemain Ola Bola.

Aku bukan Tokoh,
Yang boleh kau dengar bicara sambil bertimpuh.

Aku bukan Guru,
Yang mampu beri jawapan
acap kali kepala kau sengaja digaru.

Aku bukan Ramlee,
Yang mampu hiburkan hati
sambil kau hirup meggie mee.

Aku hanyalah anak seni,
Yang mahu berkarya dan berkongsi,
rasa dari dalam yang terceruk di lubuk hati.

Di saat bibir ku diam dari bicara,
Dia ligat berkata-kata.

Apa yang aku tuliskan,
Belum pasti lagi aku lisankan.

Apa yang aku lisankan,
Bukan untuk diangkat buat pegangan.

Aku juga Insan,
Sebelum dipacakkan nisan.

Ibarat irama dan lagu yang didendangkan,
Kesilapan itu tiada kudrat diri aku pisahkan.

Apa yang aku kata,
Tidak perlu kau mengerti baca sahaja.

Usah memaksa diri untuk memahami,
Kerana faham itu Dia yang beri.

Hakikatnya;

Ia adalah lintasan rasa dari dalam,
Kata-kata yang datang dan aku hadam.
Lalu aku lontarkannya untuk kau baham,
Aku terjemahkan semuanya di dalam kalam.

Waktu itu,
Saat itu,

Dan

Tika itu.

Sebelum tiba masa.

Kisah hidupku dipadam.

Mataku terpejam,
Diri ku diam.

Tinggal cuma secebis ilham,
Ucapan salam.

Selamat tinggal dunia,
Selamat tinggal semua.

Aku mahu pulang.

Sedang hakikat-NYA,

Manfaat itu belum lagi,

Aku tunaikan.

MONOLOGZ.COM
[berdialog dengan hati]

 

Pecah kaca pecah gelas,
Lepas baca tak perlu kau balas.
Hadiah Al-Fatihah yang kau lafas,
Anugerah terhebat dari hati yang ikhlas.

 

10.13 pm
Sat, Mar 05 2016.
Blindgraphique.com Studio.

#Monolog
#Monologz
#MonologZafiq
#BerdialogDenganHati
#BlindgraphiqueStudio
#ZafiqZainalAbidin
#Maaf

Contact

 


 

Zafiq Zainal Abidin

+6012 724 3444

Blindgraphique.com Studio

INDAH RESIDENCES II
No.22A Jalan Kemuning Indah 32/142,
Kemuning Utama Seksyen 32,
40460 Shah Alam, SELANGOR.

Travelog

VALUE AND BELIEVE II

Ibnu Ariff al-HassanValue Dan Believe..Sepanjang hidup kita,Sebenarnya belajar dua perkara;.Mengira dan Membaca..Mengira dengan Angka,Membaca dengan Huruf..Mengira kita Mencari,Membaca kita Mengenal..Mencari dapat Tahu,Mengenal dapat Faham..Tahu itu ilmunya di Akal,Faham itu ilmunya di Hati..Akal itu letaknya Fikir,Hati itu letaknya Zikir..Fikir itu logik,Zikir itu Luar Logik Akal..Logik itu sifatnya Nyata,Luar Logik Akal itu sifatnya Ghaib..Nyata itu boleh diSentuh,Ghaib …

HIJAB the 7th Senses EPISODE 01 | Chapter 01 “Khayalan Mimpi”

DC3+ 2020 Winner | Digital Creative Content Competition HIJAB the 7th Senses EPISODE 01 Chapter 01 “Khayalan Mimpi” Kisah kehidupan seorang gadis Youtuber dan juga merupakan tenaga pengajar praktikal di GIATMARA Kota Raja yang mengalami masalah depressi kerana kisah silam yang menghantui hidupnya dan inginkan sebuah kehidupan yang bahagia bernama Siti Ainur Humaira. Nur sangat …

BACAAN DOA HARI LAHIR YANG MENINGGALKAN BEKAS DI HATI

MALAYSIA Selangor, Shah Alam. Siapa pernah melalui peristiwa seperti ni? Bila tiba Sambutan Hari Lahir, tiba-tiba nama korang kena petik untuk bacakan doa hari lahir di majlis tersebut. Jika ianya bukan kebiasaan atau rutin korang, tanpa sebarang persediaan pasti rasa gelabah. Tambahan pula di hadapan bakal mak mertua. Apa korang rasa? Jadi di sini saya …